Selamat Datang ke Blog Syam Affiliate Newbie Blogger eBook Rekod Simpanan Hebat Video Panduan eBay
Related Posts with Thumbnails

09 January 2010

Pernigaan/Bisnes Online - Sistem Affiliate



Apa beza Bisnes Online dengan Bisnes Konvosional? Sudah tentu banyak bezanya. Tapi kedua-duanya pasti ada kelebihan dan keburukannya yang tersendiri. Rasa tidak payah la saya mengutarakan lagi apakah bisnes online/Internet atau bisnes Konvional. Rasanya sudah ramai yang arif tentang kedua-dua bisnes ini. Tapi yang asasnya ialah bisnes Online/internet adalah merupakan bisnes yang dijalankan melalui online atau internet, yakni urusan jual beli melalui internet/online. Manakala bisnes Konvosional pula ialah bisnes yang dijalankan seharian tanpa menggunakan internet (betulkan jika saya salah). Kedua-duanya tetap melibatkan transaksi wang dan juga barangan. Barangan tersebut tidak kiralah samada dalam bentuk produk fizikal, perkhidmatan mahupun digital. Maknanya ada jual beli. Yang membezakan perniagaan internet dan konvensional adalah perniagaan internet ini memerlukan internet sebagai penghubung di antara penjual dan pelanggan. Bisnes di internet ini amat menjimatkan masa dan kos.

Sekarang ramai yang sudah menceburi dalam bidang bisnes atau perniagaan internet dan ramai yang sudah berjaya. Akan tetapi, ada juga mereka yang menunjukkan minat, tetapi masih ragu-ragu dan takut. Mungkin mereka sangkakan mereka perlu menguasai hal-hal teknikal dengan mendalam mengenai web, blog, sistem affiliate, autoresponder, dan bermacam-macam isu teknikal lagi. Itulah perlu dibuang dari fikiran kita jika hendak memulakan bisnes di internet. Tahukah anda, tanpa produk sekalipun anda mampu menjana wang dari internet. Sebagai permulaan perniagaan internet kita boleh menceburi dalam bidang Affiliate iaitu bisnes yang tidak perlu mengeluarkan apa-apa modal pun.

Sebenarnya, affiliate ini adalah cara bisnes di internet yang paling memudahkan. Bahasa yang paling mudahnya ialah kita menjalankan mempromosi produk atau barangan atau perkhidmatan orang lain apabila mendaftar sebagai agen affiliate. Setiap promosi yang berjaya melakukan jualan akan mendapat komisen mengikut peratus yang ditawarkan. Pendaftaran affiliate ini biasanya adalah percuma dan sesiapapun boleh menyertainya. Dengan affiliate, anda akan mendaftar sebagai agen affiliate dan akan mempromosi produk penjual tadi di internet. Selepas anda mendaftar sebagai agen affiliate, anda akan diberikan link affiliate anda (link id anda). Anda akan menggunakan link ini untuk mempromosinya. Sekiranya ada jualan melalui link anda, komisyen akan direkodkan secara automatik. Dan jumlah komisyen akan dimasukkan ke dalam akaun anda apabila tiba masanya. Biasanya komisyen yang dibayar adalah dalam lingkungan 30% - 50% dari setiap jualan yang berjaya anda lakukan. Itu baru satu jualan, jika banyak jualan, lagi banyak la untung yang anda terima. Sekian coretan saya mengenai perniagaan internet sistem Affiliate. Jika saya silap mengenainya tolong betulkan. Wasalam..

No comments:

Post a Comment