Selamat Datang ke Blog Syam Affiliate Newbie Blogger eBook Rekod Simpanan Hebat Video Panduan eBay
Related Posts with Thumbnails

13 January 2010

Program/Sistem Affiliate.



Apakah Program Affiliate?

Masih ramai lagi yang tidak faham konsep Affiliate. Sebenarnya program Affiliate juga merupakan salah satu bentuk bisnes, yakni lebih tepatnya ialah program bisnes internet yang mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia dan juga di seluruh dunia pada masa kini. Affiliate ialah sebagai agen yang mempromosi produk orang lain atau
perkhidmatan yang ditawarkan oleh orang lain, dan dalam masa yang sama, mereka memberikan komisen kepada kita bagi setiap hasil promosi yang berjaya kita lakukan. Melalui program affiliate ini, kita bertindak sebagai jurujual siber kepada produk-produk yang terdapat di internet. Kita boleh memilih sebanyak mana program yang ingin diceburi serta produk yang ingin dijual kepada bakal pelanggan di seluruh dunia. Program Affiliate ini atau juga dikenali program perniagaan internet sangat mudah dan senang jika kena caranya. Ianya tidak seperti perniagaan yang ada di luar sana. Perniagaan konvisional atau yang di luar sana itu tidak seperti perniagaan internet. Di perniagaan internet atau program Affiliate ini, kita tidak perlu berjumpa dengan pelanggan, membimbit katalog, serta bercakap tanpa henti dan tidak perlu bijak berkata-kata bagi melariskan jualan. Kita juga tidak perlu menyimpan stok bagi produk yang kita ingin jual. Tetapi kita hanya perlu melakukan promosi dan jualan dari rumah dengan penuh keselesaan tanpa gangguan dan ianya sangat mudah dengan menggunakan medium internet.

Di internet, terdapat banyak program affiliate yang boleh disertai dengan mudah bagi menjana pendapatan secepat mungkin. Ianya tidak mustahil kerana sudah terbukti ramai yang berjaya melakukan bisnes ini. Ramai otai-otai IM (Internet Marketing) yang sudah mendapat pendapatan mencecah lebih 4 angka. Di Malaysia, bisnes internet masih baru lagi dan ianya sudah berkembang pesat mengikut edaran masa, tetapi ramai lagi yang belum yakin sepenuhnya terhadapa perniagaan internet ini. Walaubagaimanapun, itu tidak bermakna kita tidak dapat melakukannya. Kita hanya perlu yakin dan rajin berusaha untuk berjaya di dalam perniagaan internet ini. Tunjukkan ketulenan perniagaan kita dan ikhlas dalam mempromosikan produk yang kita jual. Dengan kesungguhan kita, kerajinan kita, dan keikhlasan kita, tidak mustahil pelawat yang melawat laman web kita bertukar menjadi pelanggan apabila mereka sudah ada kepercayaan terhadap laman web kita. Dari masa ke masa, kita terus membina bisnes "networking" bagi menghasilkan pendapatan yang lumayan. Program affiliate amat sesuai diceburi oleh orang baru atau newbie yang berminat membuat duit melalui internet. Kita juga tertanya-tanya bagaimana sistem affiliate berfungsi. Sistem affiliate berfungsi dengan satu sistem yang mengandungi fail-fail kod php dan sebagainya, yang cukup canggih. Sistem ini akan mengesan setiap jualan yang berlaku dan memudahkan pihak agen affiliate untuk melakukan kerja-kerja promosi. Ini kerana, setiap agen affiliate akan diberikan satu link unik yang berbeza-beza bagi setiap agen affiliate. Link ini dikenali sebagai link affiliate. Sistem affiliate akan mengesan apabila satu jualan berlaku melalui link affiliate kita. Oleh itu, jika kita mempromosi, pastikan kita mempromosi link affiliate kita. Ini kerana sistem affiliate ini hanya boleh mengesan jualan melalui link affiliate sahaja. Berikut adalah contoh link affiliate iaitu:
http://www.affiliateaplus.com/index.php?ref=bisnesonline
Dengan meletakkan link ini pada browser kita atau klik pada link di atas, sistem affiliate ini akan membawa anda ke laman utama. Dan system affiliate akan mengesan 1 klik berlaku dari hasil promosi kita. Jika orang yang klik link affiliate kita ini, membeli produk pada laman web utama di atas, maka kita akan mendapat komisen sebagaimana yang dijanjikan oleh pemilik produk tersebut. Untuk mengetahui dan faham mengenai lebih lanjut, sila dapatkan ebook "Affiliate A++" keluaran Ammar Zahar http://www.affiliateaplus.com/index.php?ref=bisnesonline
Ebook "Affiliate A++" sangat lengkap dan sesuai juga kepada orang baru atau newbie yang ingin membuat duit lumayan di internet. Ebook ni juga menerangkan cara-cara dan kaedah-kaedah yang terbaik untuk melakukan perniagaan internet dan seterusnya mempromosikan produk yang dijual. Sila klik link di bawah untuk mengetahuinya lebih lanjut: http://www.affiliateaplus.com/index.php?ref=bisnesonline

11 January 2010

Panduan dan Model Perniagaan Internet/Online



Assalamualaikum/Salam Sejahtera.

Kini, semakin ramai rakyat Malaysia yang menjadikan internet sebagai salah satu sumber pendapatan sampingan yang lumayan. Ramai yang buntu dan keliru untuk memulakan perniagaan internet kerana tidak cuba mempelajari asas perniagaan internet selain tidak memahami apakah sebenarnya yang dikatakan perniagaan internet itu. Maka tidak hairanlah ramai yang masih tertanya-tanya atau tercari-cari model perniagaan apakah yang boleh mereka jalankan di internet anda pernah mendengar bahawa terdapat pelbagai kaedah menjana pendapatan dengan menggunakan komputer dan talian internet.

Dan tahukah anda... sebenarnya terdapat pelbagai model dan jenis perniagaan internet yang boleh anda jalankan? Pentingnya untuk anda mengenali dengan jelas kesemua model-model ini ialah kerana ini membolehkan anda mendapatkan gambaran secara menyeluruh mengenai perniagaan internet. Seterusnya anda boleh membuat pilihan ke bidang mana atau model mana satu yang anda ingin ceburi dengan lebih serius. Setiap model perniagaan internet mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri dan setiap daripadanya juga mempunyai pro dan kontra nya. Untuk anda tahu lebih lanjut mengenai model-model perniagaan internet, sila klik banner di bawah:

09 January 2010

Pernigaan/Bisnes Online - Sistem Affiliate



Apa beza Bisnes Online dengan Bisnes Konvosional? Sudah tentu banyak bezanya. Tapi kedua-duanya pasti ada kelebihan dan keburukannya yang tersendiri. Rasa tidak payah la saya mengutarakan lagi apakah bisnes online/Internet atau bisnes Konvional. Rasanya sudah ramai yang arif tentang kedua-dua bisnes ini. Tapi yang asasnya ialah bisnes Online/internet adalah merupakan bisnes yang dijalankan melalui online atau internet, yakni urusan jual beli melalui internet/online. Manakala bisnes Konvosional pula ialah bisnes yang dijalankan seharian tanpa menggunakan internet (betulkan jika saya salah). Kedua-duanya tetap melibatkan transaksi wang dan juga barangan. Barangan tersebut tidak kiralah samada dalam bentuk produk fizikal, perkhidmatan mahupun digital. Maknanya ada jual beli. Yang membezakan perniagaan internet dan konvensional adalah perniagaan internet ini memerlukan internet sebagai penghubung di antara penjual dan pelanggan. Bisnes di internet ini amat menjimatkan masa dan kos.

Sekarang ramai yang sudah menceburi dalam bidang bisnes atau perniagaan internet dan ramai yang sudah berjaya. Akan tetapi, ada juga mereka yang menunjukkan minat, tetapi masih ragu-ragu dan takut. Mungkin mereka sangkakan mereka perlu menguasai hal-hal teknikal dengan mendalam mengenai web, blog, sistem affiliate, autoresponder, dan bermacam-macam isu teknikal lagi. Itulah perlu dibuang dari fikiran kita jika hendak memulakan bisnes di internet. Tahukah anda, tanpa produk sekalipun anda mampu menjana wang dari internet. Sebagai permulaan perniagaan internet kita boleh menceburi dalam bidang Affiliate iaitu bisnes yang tidak perlu mengeluarkan apa-apa modal pun.

Sebenarnya, affiliate ini adalah cara bisnes di internet yang paling memudahkan. Bahasa yang paling mudahnya ialah kita menjalankan mempromosi produk atau barangan atau perkhidmatan orang lain apabila mendaftar sebagai agen affiliate. Setiap promosi yang berjaya melakukan jualan akan mendapat komisen mengikut peratus yang ditawarkan. Pendaftaran affiliate ini biasanya adalah percuma dan sesiapapun boleh menyertainya. Dengan affiliate, anda akan mendaftar sebagai agen affiliate dan akan mempromosi produk penjual tadi di internet. Selepas anda mendaftar sebagai agen affiliate, anda akan diberikan link affiliate anda (link id anda). Anda akan menggunakan link ini untuk mempromosinya. Sekiranya ada jualan melalui link anda, komisyen akan direkodkan secara automatik. Dan jumlah komisyen akan dimasukkan ke dalam akaun anda apabila tiba masanya. Biasanya komisyen yang dibayar adalah dalam lingkungan 30% - 50% dari setiap jualan yang berjaya anda lakukan. Itu baru satu jualan, jika banyak jualan, lagi banyak la untung yang anda terima. Sekian coretan saya mengenai perniagaan internet sistem Affiliate. Jika saya silap mengenainya tolong betulkan. Wasalam..