Selamat Datang ke Blog Syam Affiliate Newbie Blogger eBook Rekod Simpanan Hebat Video Panduan eBay
Related Posts with Thumbnails

13 January 2010

Program/Sistem Affiliate.



Apakah Program Affiliate?

Masih ramai lagi yang tidak faham konsep Affiliate. Sebenarnya program Affiliate juga merupakan salah satu bentuk bisnes, yakni lebih tepatnya ialah program bisnes internet yang mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia dan juga di seluruh dunia pada masa kini. Affiliate ialah sebagai agen yang mempromosi produk orang lain atau
perkhidmatan yang ditawarkan oleh orang lain, dan dalam masa yang sama, mereka memberikan komisen kepada kita bagi setiap hasil promosi yang berjaya kita lakukan. Melalui program affiliate ini, kita bertindak sebagai jurujual siber kepada produk-produk yang terdapat di internet. Kita boleh memilih sebanyak mana program yang ingin diceburi serta produk yang ingin dijual kepada bakal pelanggan di seluruh dunia. Program Affiliate ini atau juga dikenali program perniagaan internet sangat mudah dan senang jika kena caranya. Ianya tidak seperti perniagaan yang ada di luar sana. Perniagaan konvisional atau yang di luar sana itu tidak seperti perniagaan internet. Di perniagaan internet atau program Affiliate ini, kita tidak perlu berjumpa dengan pelanggan, membimbit katalog, serta bercakap tanpa henti dan tidak perlu bijak berkata-kata bagi melariskan jualan. Kita juga tidak perlu menyimpan stok bagi produk yang kita ingin jual. Tetapi kita hanya perlu melakukan promosi dan jualan dari rumah dengan penuh keselesaan tanpa gangguan dan ianya sangat mudah dengan menggunakan medium internet.

Di internet, terdapat banyak program affiliate yang boleh disertai dengan mudah bagi menjana pendapatan secepat mungkin. Ianya tidak mustahil kerana sudah terbukti ramai yang berjaya melakukan bisnes ini. Ramai otai-otai IM (Internet Marketing) yang sudah mendapat pendapatan mencecah lebih 4 angka. Di Malaysia, bisnes internet masih baru lagi dan ianya sudah berkembang pesat mengikut edaran masa, tetapi ramai lagi yang belum yakin sepenuhnya terhadapa perniagaan internet ini. Walaubagaimanapun, itu tidak bermakna kita tidak dapat melakukannya. Kita hanya perlu yakin dan rajin berusaha untuk berjaya di dalam perniagaan internet ini. Tunjukkan ketulenan perniagaan kita dan ikhlas dalam mempromosikan produk yang kita jual. Dengan kesungguhan kita, kerajinan kita, dan keikhlasan kita, tidak mustahil pelawat yang melawat laman web kita bertukar menjadi pelanggan apabila mereka sudah ada kepercayaan terhadap laman web kita. Dari masa ke masa, kita terus membina bisnes "networking" bagi menghasilkan pendapatan yang lumayan. Program affiliate amat sesuai diceburi oleh orang baru atau newbie yang berminat membuat duit melalui internet. Kita juga tertanya-tanya bagaimana sistem affiliate berfungsi. Sistem affiliate berfungsi dengan satu sistem yang mengandungi fail-fail kod php dan sebagainya, yang cukup canggih. Sistem ini akan mengesan setiap jualan yang berlaku dan memudahkan pihak agen affiliate untuk melakukan kerja-kerja promosi. Ini kerana, setiap agen affiliate akan diberikan satu link unik yang berbeza-beza bagi setiap agen affiliate. Link ini dikenali sebagai link affiliate. Sistem affiliate akan mengesan apabila satu jualan berlaku melalui link affiliate kita. Oleh itu, jika kita mempromosi, pastikan kita mempromosi link affiliate kita. Ini kerana sistem affiliate ini hanya boleh mengesan jualan melalui link affiliate sahaja. Berikut adalah contoh link affiliate iaitu:
http://www.affiliateaplus.com/index.php?ref=bisnesonline
Dengan meletakkan link ini pada browser kita atau klik pada link di atas, sistem affiliate ini akan membawa anda ke laman utama. Dan system affiliate akan mengesan 1 klik berlaku dari hasil promosi kita. Jika orang yang klik link affiliate kita ini, membeli produk pada laman web utama di atas, maka kita akan mendapat komisen sebagaimana yang dijanjikan oleh pemilik produk tersebut. Untuk mengetahui dan faham mengenai lebih lanjut, sila dapatkan ebook "Affiliate A++" keluaran Ammar Zahar http://www.affiliateaplus.com/index.php?ref=bisnesonline
Ebook "Affiliate A++" sangat lengkap dan sesuai juga kepada orang baru atau newbie yang ingin membuat duit lumayan di internet. Ebook ni juga menerangkan cara-cara dan kaedah-kaedah yang terbaik untuk melakukan perniagaan internet dan seterusnya mempromosikan produk yang dijual. Sila klik link di bawah untuk mengetahuinya lebih lanjut: http://www.affiliateaplus.com/index.php?ref=bisnesonline

No comments:

Post a Comment